Penaja

Tiga Jenis Potongan Rambut Yang Sesuai Untuk Pemilik Rambut Keriting


Mempunyai rambut keriting memang mempunyai cabaran tersendiri berbanding rambut lurus atau berombak, tapi bukan bererti tidak boleh tampil cantik dan stylish.
Rambut keriting mencerminkan keseksian yang semulajadi. Ia boleh diurus dengan pelbagai gaya.

Berikut adalah gaya potongan rambut yang sesuai bagi mereka yang memiliki rambut keriting:




Panjang

Rambut panjang keriting memang memerlukan perlakuan khusus berbanding dengan jenis rambut lain. Jika tidak dirawat dengan baik, rambut anda akan kelihatan kusut. Untuk menghindarinya, beri sedikit guntingan layer.
Gaya guntingan bertingkat ini membantu anda mengawal rambut keriting dan mengurangkan paparan rambut yang terlalu bervolume.

Medium

Untuk rambut keriting dengan panjang medium, cuba guntingan bob. Potongan ini mudah ditata dalam pelbagai gaya, terutama gaya retro.
Jika ingin menambah kesan glamor, cukup tambahkan aksesori seperti penyepit rambut.

Pendek

Potongan rambut pendek boleh dipilih jika anda ingin penampilan lebih terfokus pada wajah. Oleh itu, pastikan guntingan rambut yang anda pilih sesuai dengan bentuk dan karakter wajah.
Guntingan rambut pixie termasuk yang cukup mudah dilaksanakan pada rambut keriting. Selain mudah penataan dan perawatannya, gaya rambut ini juga memberi kesan feminin jika anda memilki ciri wajah lembut.
Untuk ciri wajah yang tegas dan keras, boleh 'melembutkannya' dengan poni dan layer yang lebih panjang. Untuk yang lebih suka bergaya edgy, cuba guntingan undercut yang menipis di bahagian bawah dan tebal di bahagian atas.

Stail rambut keriting yang lain.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja

Penaja